Friday, 26 March 2010

Memang Benar Juara Rakyat







Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?

Tuesday, 23 March 2010

Konvoi Kembara Ke Kelantan

Pihak Jkkk Guar Perahu akan mengadakan konvoi bersama penduduk-penduduk dibawa mukimnya pada 15 Mac 2010 ke kelantan. Kepada yang berminat untuk menyertai sila hubungi wakil Jkkk anda secepat mungkin..

JURULATIH BOLA SEPAK DIPERLUKAN




Salam...pihak pasti as-syifa Guar Jering sedang mencari seorang dua individu yang mempunyai masa kelapangan untuk menjadi jurulatih sukarela kepada Pasti as-syifa fc dalam menghadapi kejohanan bola sepak pasti peringkat kawasan permatang pauh,negeri dan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 18/4/10 bagi peringkat kawasan permatang pauh. Pada tahun lalu,walaupun kalah di peringkat kawasan namun seramai 3 orang pemain pasti as-syifa Guar Jering telah terpilih mewakili pulau pinang untuk peringkat kebangssaan dimana muncul naib johan pada kejohanan tersebut.. kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saudara Rosli di talian 016-4021614 atau anuar 016-4151630.

Sunday, 21 March 2010

Dok Kalot Yang Lain.. Yang Nie Mcm mana????

Mama & Baby ada, kemana pula bapanya ?Kuala Lumpur : Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh Negara sepanjang Tahun Lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Datu Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya .Fakta : Tahun 2007 seramai 16,100 anak luar nikah didaftarkan Tahun 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan. Tahun 2009 seramai 17,303 anak Luar Nikah didaftarkan . Dari tahun 2005 Sehingga tahun 2009 seramai 214,083 anak tidak sah taraf didaftarkan (Pelbagai Bangsa) Pecahan bangsa sejak dari tahun 2005 hingga 2009 Lain Lain kaum 91,922 kes, Melayu 74,732, India ( 23,696 ), Cina (23,692 kes). Sumber Jabatan Pendaftaran NegaraDatuk Alwi menjelaskan dalam tempuh lima tahun lalu. JPN mencatit 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) Sumber Berita Harian
Kupasan dan kesimpulannya. Anak luar nikah lahir berpunca dari 1. Persetubuhan haram ,2. Nikah selepas mengandung 3. Diperkosa oleh teman lelaki atau manusia durjana yang lain. 4. Hubungan seks rambang. 5. Bayi lahir kurang dari 6 bulan dari tarikh pernikahan ibubapanya. Dalam kes ini menjelaskan bertapa jatuhnya moral anak muda mudi kita dewasa ini.Rasulullah pernah bersabda “ kalau kamu hendak lihat pemimpin masa depan maka kamu lihatlah jenerasi masa kini “ . Dalam perkara ini mas Aji merujuk kepada sepotong ayat Al Quran berbunyi “ Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka “ Insyallah selamat dunia akhirat. Kalau kita tidak mampu mencegah kita jagalha keluarga kita.

petikan daripada blog mas aji..

Arsenal Jumpa Barca Di Suku Akhir




Undian yang dilakukan pada sabtu lalu jam 7 petang telah membuatkan fan arsenal tido dalam kepanasan buat sementara waktu apabila arsenal diundi untuk bertemu juara yang pernah menewaskan mereka 4tahun lalu iaitu barcalona.Namun pada pendapat liegj cuma diatas kertas mungkin berpihak kepada barca tetapi liegj yakin arsenal mampu menewaskan juara kelab sepanyol itu. Namun sekiranya arsenal menang,ianya tetap menghadapi kesukaran kerana akan bertemu inter milan diseparuh akhir dimana liegj anggap lebih bahaya dari barca..Walauapapun, besar harapan fan arsenal sekiranya arsenal berjaya merangkul piala eropah itu.. Wenger berkata: “Anda tidak mampu melupakan perlawanan itu, perlawanan akhir Liga Juara-juara, anda juga tidak berkemampuan untuk mengulangikan pada tahun berikutnya.“Anda tidak mampu melupakannya tapi anda harus terus focus pada apa yang berada dihadapan anda dalam kerjaya ini. Saya juga terkejut akan bagaimana saya boleh mengingati setiap dari penjuru kekecewaan itu. Saya ingatkan saya telah melupakannya tetapi bilamana saya bercakap mengenainya baru-baru ini, setiap perincian datang dalam fikiran saya.“Benar kami kecewa. Saya tidak katakan yang kami tidak mampu untuk memenangi perlawanan tersebut. Thierry Henry mendapat 2 peluang yang baik. Tapi ia bukanlah perlawanan yang seperti dijangka pada masa itu. Kami mempunyai musim yang baik dalam Liga Juara-juara, kami cuma tewas sekali dan itu pun di peringkat akhir, sepanjang musim tersebut.“Perlawanan itu bukan seperti dijangkakan – 11 menentang 11, jika begitu ia mungkin satu perlawanan yang cukup hebat. Tapi kami terpaksa mengeluarkan Ropert Pires – dan hingga kini dia masih membenci saya. Kami mengeluarkan seorang pemain yang baik yang mana mampu mencorakkan qualiti perlawanan. Ia adalah kesilapan pengadil, secara dasarnya. Ini kerana kami terpaksa bermain untuk 10 orang dalam perlawanan akhir itu yang mana ia patut menjanjikan sesuatu yang besar dan akhirnya ia menjadi seperti perlawanan yang tidak beerti.“Bila pengadil melakukan keputusan seperti itu, dia telah melakukan sesuatu yang dia yakini muktamad. Anda tidak patut menghancurkan perlawanan akhir yang mana 1 bilion penonnton menyaksikannya jika ia ternyata tidak benar. oklah....semoga arsenal berjaya membalas dendam kasumatnya.

Wednesday, 17 March 2010

Lionel Messi : Antara Barca,Arsenal,MU siapa akan juara??







Salah seorang daripada pemain terbaik untuk Barcelona menentang Stuttgart pada perlawanan hari ini, Argentina Lionel Messi telah berkata sebelum perlawanan malam tersebut mengenai siapa pesaing kepada gergasi Spanyol itu, dia menyatakan bagaimana pasukan liga Perdana Inggeris tetap menjadi ancaman. Pemain berusia 22 tahun itu mengakui bahawa Wayne Rooney mampu membantu Manchester United untuk mencapai objektif penting tapi turut menambah bahawa Arsenal Arsene Wenger, yang menghampiri ciri-ciri Barca turut boleh menjadi pencabar.Bercakap mengenai the Gunners, Messi menambah bagaimana teknik menarik yang dipamerkan oleh pemain-pemain seperti Cesc Fabregas dan Andrei Arshavin boleh di perbandingkan dengan cara permainan bolasepak di Amerika Selatan dan pemenang Ballon d’Or ini turut menambah lagi bahawa mereka boleh di jadikan sebagai calon Liga Juara-juara pada tahun ini.Kata Messi:“Sekali lagi, saya menjangkakan bahawa cabaran terbesar datang daripada England dalam Liga Juara-juara. Saya melihat United sebagai pencabar kerana kemampuan mereka dengan pantas dalam menukar tempo dan mereka sekarang mempunyai penyerang yang tidak henti-henti melakukan kejutan seperti Rooney.Dan yang terakhir, Arsenal merupakan sebuah pasukan yang tidak boleh diketepikan kerana kehebatan dalam mencorakkan permainan mereka. Mereka sama seperti kami di Barca dalam pelbagai segi. Tidak seperti permainan di London, permainan mereka seolah-olah datang dari Amerika Selatan. Andrei Arshavin dan Cesc Fabregas adalah pemain-pemain yang ingin saya saksikan.”

Thursday, 11 March 2010

Arsenal Belasah Porto







Kepada fan arsenal pastinya bersorak giler sebab pada pagi rabu lalu arsenal telah menunjukkan bisa ledakkan meriamnya yang telah menghancurkan harapan porto dengan kemenangan 5-0. Kemenangan tersebut membawa arsenal ke suku akhir dengan agreget 6-2. Nicklas bendtner menjadi wira dengan menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut.Manakala jaringan solo samir nasri serta jaringan eboue menambah lara dan derita porto.Apa yang pasti arsenal kini berada dilandasan terbaiknya dan telah membuatkan chelsea dan MU gelabah biawak untuk bertemu dengannya dipentas Eropah.Walaupun arsenal gagal untuk menewaskan mereka di liga inggeris tapi fan arsenal yakin bahawa Chelsea dan MU akan jadi lauk serta bubuh kanji jika diberi peluang undian untuk bertemu kedua2 pasukan ini...sekian...

Monday, 1 March 2010

sila layari www.jkkkmk21.blogspot.com untuk sementara waktu.

Monday, 22 February 2010

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Dan Sukaneka


Salam..Pihak Jkkk mukim 21 Guar Perahu akan menganjurkan satu kejohanan bola sepak sembilan sebelah tertutup mukim 21 guar perahu.Disamping itu juga seperti tahun lepas acara sukaneka yang menjadi acara tahunan juga dibuat pada tarikh yang sama.. Kepada orang ramai terutamanya penduduk2 mukim 21 bolehlah datang beramai2 untuk memeriahkan pada hari tersebut.

Thursday, 11 February 2010

Berhati-hati dengan golongan Fasiq...

Firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat- 6:“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang FASIK membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum ( penduduk,masyarakat)tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu… .. Buat semua sendiri fikirlah...terutama sekarang ni..banyak fitnah...banyak mereka-reka cerita.. ingat fintah itu lebih tajam dari mata pedang n sebab itu dosanya lebih besar daripada membunuh.

Tuesday, 26 January 2010

KISAH ANAK PADERI PELUK ISLAM

> Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!.... .. Bacalah dan Renungkanlah. ...> > Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian> ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian..
Bapa> saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di> Sabah .> > Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS> bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh> negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya> program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai> sekitar RM50,000!!!> >
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke> rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan.> Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan> harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.> >
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali> kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi> kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek..>
Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!> Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu>
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang> boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding> dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di> sekolah asrama penuh.
Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.> > Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama> kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu> dihuraikan oleh orang Islam.> >
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz> yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan,> tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..."> Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.> >
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama> islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan> beberapa persoalan, antaranya;-> > 1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
> > 2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam> adalah agama langit.
> > 3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi> membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
> > 4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
> > 5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
> > Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-> kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
> > Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab> secara tepat.
> > - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
-> > Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.> > Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,> kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.
Lalu saya bawa ustaz itu ke> rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya> juga tidak mampu> menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.> > Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya'> datang ke rumah.
> > Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji> saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz> tu, saya mengagumi cara hidupnya.
> > Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah> hitam membawa salib. Seorang> berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau> yang meminta saya membuat pilihan.> > Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti> mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam> semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya> meronta-ronta, saya terjaga.
> > Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,> "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "> > Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........> ..".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.> Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..> > Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah.
Sampai di rumah, saya lihat> pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!> > Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu> senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup> keatas.> > Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga> saya.. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum> saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar> di Sabah .
> > Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya> Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan> Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu> koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..> > 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya> dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan> Agama Islam..
Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan> Pahang.> > Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah> ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan..> Biarlah saya jadi pendakwah bebas.> > Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini> saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan> Kuantiti saja!
> >
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di> PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan> jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik> beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat..
> > Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang> sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar> surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik> beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya> mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!> > Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.> Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu> murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah> dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama.....> ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.
> > Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah> saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.> > Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.> Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil> sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian..> > Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari> jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat> dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.> > Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang> isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru> setahun jagung......"> > Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah...> ....Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa> itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.> > Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog> tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak> perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian.
saya juga diancam oleh umat> Islam!!!> > Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa> benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,> kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri> menyulitkan saya.
> > Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di> IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar> Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .> > Saya sudah pergi banyak IPT.
Saya paling bimbang di Universiti Putra> Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja> ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!
> > Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
> > Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk> Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
KALAU TERMINUM, cari> air kolah dari 3 masjid.. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan> Selawat. Ambil> sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.> > InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

Monday, 25 January 2010

Majlis Kesyukuran Oleh SRS







Ahad lalu,satu majlis kesyukuran anjuran SRS telah diadakan bertempat dicourt takraw kg guar jering jam 10malam.Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana kes seperti pecah rumah,ragut mahupun maksiat sudah pun berkurangan..Jika sebelum ini...saban hari saban malam pasti ada saja kes2 tersebut... tp kini alhamdulillah ianya senyap dan berlalu.Ini adalah satu pergorbanan yang dilakukan oleh skuad ronda sukarela,bersekang mata demi keselamatan kg,biarpun orang lain dibuai mimpi indah,bahkah tidak kisah akan sekeliling apa yang berlaku tp mereka terus menabur bakti,bertemankan embun demi untuk keselamatan dan penduduk ..Mudah-mudahan selepas ini,ada kawan2 yang belum sempat menyertai bolehlah datang join sama k..atau jika berlaku sesuatu yang mencurigakan bolehlah hubungi wakil-wakil kampung anda.

Thursday, 14 January 2010

Gerhana Matahari Petang Ini




Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada hari ini (Jumaat 15 Januari 2010) antara pukul 3 petang - 5.30 petang. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'. Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta. Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37) Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

Wednesday, 13 January 2010

KOPERASI PEMUDA GUAR JERING


Alhamdulillah...pendaftaran koperasi pemuda guar jering telah diluluskan dan sijil telah pun dikeluarkan.. untuk maklumat anda semua koperasi pemuda guar jering menyediakan perkhidmatan seperti catering,welding,elektrik,caber cafe dan berbagai lagi perkhidmatan yang bakal disediakan..

Friday, 25 December 2009

Bahana Bas Ekspress 2 Tingkat


IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.


Wan Abdullah berkata penungpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.
Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang."Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut."Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Sunday, 20 December 2009

Akhirnya Polis Datang Jua.




Alhamdulillah Semalam 20hb jam 9.30 malam bertempat di dewan banjir Guar jering taklimat Skuad Ronda Sukarela akhirnya berjalan lancar dengan kehadiran pihak polis. Tidak seperti sebelum ini kegagalan pihak polis nyata amat mendukacitakan.Namun semalam kehadiran 3 pegawai polis telah memberi satu semangat baru kepada penduduk2...Turut hadir semalam adalah TKM 1 Dr mansor. Tujuan utama srs ini diadakan kerana sudah acapkali rumah2 penduduk sekitar mukim 21 dipecah masuk.Sehinggakan setiap minggu dan tidak keterlaluan setiap hari berlaku 2-3 kes pecah rumah dan kereta. Bertindak diatas maklumat dan pandangan orang ramai pihak jkkk guar perahu mengambil keputusan menubuhkan srs. Disini juga anda semua bolehlah memahami objektif utama srs :

Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
Membantu menguatkuasakan undang-undang;
Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

Dengan berlansungnya taklimat semalam,pihak polis telah memberi cadangan supaya pihak penduduk berdaftar dengan skim rondaan sukarela/rukun tetangga dibawah jabatan perpaduan negara(JPNIN). Ini kerana ianya mempunyai perlindungan dan sekurang2an terdapat kemudahan untuk berurusan dalam memudahkan perjalanan gerak kerja srs itu sendiri. Diantara kebaikan bila berdaftar SRS/RUKUN TETANGGA adalah seperti berikut :

1.Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.
2.Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.

3.Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.

4.Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.

5.Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :
a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00

OKLAH...PIHAK JKKK GUAR PERAHU AKAN MENGADAKAN TAKLIMAT BERSAMA JABATAN PERPADUAN NEGARA.TARIKH AKAN DIBERITAHU NANTI...SEKIAN JUMPA LAGI



Saturday, 19 December 2009

Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu


Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.
Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat.
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. Sebagai contoh:
Nabi Adam as yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan adapula yang membangkang.
Nabi idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga
Nabi nuh as merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.
Nabi Hud as. adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.
Begitu juga Nabi Salleh as. merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Salleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
Nabi Ibrahim as. juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan Nabi Luth as. adalah bersaudara dengan nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.
Nabi Ismail as. adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Ishaq as. adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub.
Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan
Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala.
Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.
Nabi Yusuf as. anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil.
Kemudian Nabi Ayub as. anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.
Nabi Zulkifli as. adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan. Begitu juga Nabi Syuaib as. keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan kepingan awan panas daripada langit.
Nabi Musa as. dan Nabi Harun as. diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat. Kemudian Nabi Daud as.dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.
Nabi Sulaiman as. adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daparipada mensyirikkannya. Kemudian
Nabi Ilyas as. merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat.
Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan. Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang golongan 'Bintang Enam' dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa golongan 'Bintang Enam' mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as. diutus kepada bangsa golongan 'Bintang Enam', agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa golongan 'Bintang Enam' sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
Nabi Isa as. adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya:
"Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ".
(Surah Ali Imran ayat 59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani golongan 'Bintang Enam').
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya:
"Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi".
(Surah Maryam ayat 30)
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus".
(Surah Maryam ayat 36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya.
Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazaret daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu MengEsakan Allah SWT.
Di antara orang-orang golongan 'Bintang Enam' tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya:
"Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam.
Padahal Al Masih sendiri berkata:
'Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.'
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.
Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa.
Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
(Surah Al Maidah ayat 72-73)
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil 'Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.
Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata:
'Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.'
Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata:
'ini ialah sihir yang jelas nyata'.".
(Surah As Saaf ayat 6)
Firman Allah SWT lagi maksudnya:
"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah Al Ahzab ayat, 40)

Friday, 18 December 2009

Malaysia Akhiri Kilauan Emas 20 tahun










Siapa sangka siapa menduga sebelum skuad 23tahun malaysia ke loas ramai yang tidak memberi harapan. Malaysia juga tidak dipandang oleh negara2 lain bahkan ada penyokong2 sendiri buat tak kisah jer... Penulis juga masih ingat apabila bekas setiausaha agong FAM Ibrahim saad memberi kritikan apabila skuad malaysia tidak meletak sebarang sasaran pada peringkat awal beberapa bulan sebelum kesana.Namun semua itu dibalas oleh skuad K.Rajagopal dengan Emas setelah kejayaan menewaskan vietnam 1-0 difinal.. Kejayaan itu pastinya membuatkan peminat2 yang sudah lama dahagakan kejayaan malaysia dimana2 kejohanan gembira dan berpuas hati.Walaupun sebelum ini banyak kritikan yang dilemparkan,peminat2 bola sepak beralih ke EPL dan bola sepak eropah semua itu pada hakikatnya jauh disudut hati pastinya mahukan bola sepak malaysia terus maju dan menjadi pesaingan kepada negara2 asia yang lain.

STATEGI K.RAJAGOPAL MENJADI

Jika anda amati pada perlawanan final khamis lalu,Separuh masa pertama pastinya menibulkan kerisauan kerana vietnam dilihat mengasak ke kubu malaysia,namun ternyata sentuhan k.rajagopal itu menjadi. dengan bermain corak bertahan dan mengharapkan serangan balas dari 3 orang melebihi garisan tengah lawan ternyata pemain vietnam gagal untuk merobek kubu pertahanan malaysia sehinggakan mereka letih pada separuh masa kedua.Dominasi babak kedua jelas milik skuad negara. Terbukti menerusi cubaan K Gurusamy yang sipi pada minit ke-46, tandukan Ahmad Fakri Saarani yang sedikit melewati palang pada minit ke-57 serta cubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan benteng lawan di atas garisan pada minit ke-62. Vietnam dipaksa lebih bertahan, dengan dihadkan sesekali mengatur ancaman yang ditangani cantik barisan benteng penuh berdisiplin diterajui Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabre Mat Abu dan Sharbinee di gawang. Pemecah kebuntuan gol akhirnya ditemui skuad negara pada minit ke-84. Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena badan pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam..Dan disitulah seluruh rakyat malaysia yang menyaksikan perlawanan itu bersorak gooolllllllllllllll !!!! golllllllllllllllllll !!!!! gollllllllllll... oklah apapun tahniah sekali lagi diucapakan...

Wednesday, 16 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431


salam maal hijrah…Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum diMalaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.



“Hijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan,Hijrah itu persaudaraan,Hijrah membentuk perpaduan…”

JOM BALIK AWAI PETANG NI !!


Hari penentuannya kini sudah tiba. Setelah mengatasi satu demi satu cabaran yang merintangi perjalanan skuad Malaysia ke perlawanan akhir maka tinggal hanya satu kubu lagi yang perlu digempur setelah gempuran pertama ke atas lawan yang sama terkulai di peringkat kumpulan.
Vietnam nampaknya seperti sebuah pasukan yang kebal kerana sehingga kini mereka menjadi pasukan tunggal yang belum menerima erti luka kekalahan sepanjang penyertaan mereka dalam saingan bola sepak Sukan SEA yang ke-25 ini.
Satu-satunya pasukan yang dapat menyekat Vietnam dari mencatat kemenangan adalah pasukan Thailand namun pasukan pilihan itu akhirnya terkeluar dari landasan ke final apabila dihentam badai pasukan Malaysia yang tiba-tiba menjadi perhatian walaupun pada satu ketika langsung tidak diberi harapan untuk menundukkan juara bertahan Asia Tenggara itu.