Sunday 11 July 2010

Sepanyol Juara Baru Piala Dunia.



JOHANNESBURG(Soccer City Stadium): Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Belanda 1-0 dalam perlawanan akhir yang tamat sebentar tadi.Kedua-dua pasukan terpaksa bertarung dalam masa tambahan selepas gagal menjaringkan gol dalam 90 minit masa permainan.Gol kemenangan juara Eropah itu dijaringkan Andres Iniesta pada minit ke-116.Read more:

Wednesday 7 July 2010

Sepanyol mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010


Pasukan Sepanyol bimbingan Vicente del Bosque, menepati ramalan apabila berjaya menempah tiket terakhir untuk bertemu dengan pasukan Belanda dalam final 11 Julai ini.Mereka berjaya menundukkan pasukan Jerman dengan jaringan tunggal oleh pemain pertahanan Sepanyol Carlos Puyol pada separuh masa kedua.Gol itu hadir,hadir pada minit ke-73 apabila sepakan sudut yang diambil oleh Xavi ditanduk masuk oleh Puyol.Puyol yang berada dalam kotak panelti, melompat dan menanduk kencang bola ke arah kiri gol lawan.Tandukan tersebut gagal diselamatkan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer.Sepanyol 1 Jerman 0.Jelas ketiadaan pemain tengah Thomas Meuller yang digantung satu perlawanan merencatkan permainan dan gerakan pasukan Jerman.Perlawanan awal pagi tadi hampir keseluruhan dikuasai oleh pasukan Sepanyol dengan gerakan, 'counter attack' dan percubaan yang hampir-hampir menambah gol.Permainan Jerman pula kebanyakkannya disekat oleh pemain-pemain pertahanan Sepanyol yang diketuai oleh 'kereta kebal' mereka, Gerard Pique dan Puyol sendiri.Pada separuh masa pertama, permainan lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol dengan beberapa kali membuat percubaan merbahaya ke pintu gol Jerman.Pada waktu itu, mereka menguasai 57 peratus penguasaan bola dengan membuat beberapa gerakan dan hantaran menarik ke arah pintu gol Jerman.Sekurang-kurangnya empat percubaan merbahaya dilakukan dan nyaris-nyaris Sepanyol membocorkan gawang pada minit ke-13 melalui sepakan sudut.Sepakan tersebut diambil oleh Xavi yang membuat hantaran pendek kepada Andres Iniesta sebelum beliau menyilangkan bola yang kemudiannya ditanduk oleh Puyol.Beliau yang berdepan dengan penjaga gol Jerman, berjaya menanduk bola itu tetapi, malangnya ia hanya melewati palang gol.Kemudian pada minit ke-18, pemain pertahanan Sergio Ramos mendapat umpanan dari tengah, beliau yang berada di kiri pintu gol Jerman, membuat rembatan.Bagaimanapun, beliau yang berdepan dengan seorang pemain Jerman di dalam kotak penalti, hanya membuat sepakan yang tersasar jauh di kiri gawang.Selepas itu, pada minit ke-29 tiba giliran Xabi Alonso pula untuk membuat rembatan dari luar kotak penalti, tetapi sepakannya lemah dan tersasar di kiri gol.Pada minit ke-46 seorang pemain Sepanyol membuat sepakan lemah yang terus ke dakapan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.Sebelum itu, Jerman juga turut membuat beberapa 'counter attack'. Sekurang-kurangnya dua kali serangan tersebut nyaris menghasilkan gol.Percubaan pertama daripada Miroslav Klose pada minit ke-22, - beliau yang menggelecek beberapa pemain pertahanan lawan masuk dalam kotak penalti.Tetapi tanpa bantuan rakan, bola itu terlepas dari kawalannya seterusnya dirampas oleh pertahanan lawan.Pada minit ke-31, rembatan Piotr Trochowski yang menggantikan tempat Thomas Mueller membuat rembatan dari jarak 30 meter.Tetapi ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas yang merebahkan badan menolak bola tersebut.Pada minit ke-45, sebelum separuh masa pertama berakhir, pemain tengah Jerman Mesut Ozil mendapat peluang dengan berdepan satu lawan satu dengan pemain pertahanan Sepanyol dalam kotak panelti.Bagaimanapun bola tersebut dikawalkan oleh pemain pertahanan tersebut.Pada separuh masa kedua pula, Sepanyol bermula garang dengan dua rembatan jarak jauh dari pemain Real Madrid Xabi Alonso pada minit ke-48 dan 49.Kedua-dua percubaan terbabit tersasar di kiri dan kanan gol lawan.Selepas itu, Sepanyol terus menggasak kubu Jerman dengan beberapa lagi peluang yang diperolehi oleh David Villa, Andres Iniesta dan Sergio Ramos masing-masing pada minit ke- 54, 57, 62 dan 67.Gerakan menarik hasil gandingan antara Villa- Pedro-Xavi-Iniesta hampir memecah kebuntuan apabila Iniesta hampir menjaringkan gol.Paling bergaya apabila bola hantaran lintang Iniesta pada minit ke-57, sekadar meniti di hadapan gol Jerman tanpa dicabar oleh mana-mana pemain.Jerman juga turut mendapat terbaik pada minit ke-68 apabila pemain gantian Toni Kroos membuat sepakan hasil hantaran lintang rakannya.Namun sepakannya itu ditepis keluar oleh Casillas. Terselamat pintu gol Sepanyol.Keseluruhan permainan awal pagi ini dikuasai oleh pemain Sepanyol, dan permainan Jerman pula tidak seperti dua perlawanan mereka sebelum ini sewaktu menentang Argentina dan England.Semua sudut dan segenap posisi dikuasai oleh pemain 'La Roja', dan pemain Jerman seolah-oleh mati akal untuk menjaringkan gol.Dengan kemenangan ini, membolehkan Sepanyol melebarkan kemenangan mereka dengan Jerman dengan tiga kali kemenangan sejak 1994 berbanding Jerman hanya sekali sahaja.Ini bererti Jerman masih lagi gagal membalas dendam kekalahan mereka pada Euro 2008 dengan jaringan yang sama.Bagi Sepanyol, kemenangan ini adalah detik manis dan gembira kerana terus berpeluang membawa pulang Piala Dunia dengan bertemu dengan pasukan Belanda pada 11 Julai ini dalam perlawanan akhir.Tahniah 'La Roja',Viva Espana!

Wednesday 21 April 2010

Bola Sepak Pasti Permatang Pauh













Pada ahad lalu 18 April telah berlangsung pertandingan bola sepak dan bola jaring pasti peringkat kawasan permatang pauh. Walaupun pasti Guar jering terpaksa akur kerana gagal ke peringkat suku akhir,ianya ternyata memberi pendedahan yang berguna buat anak2 pasti as syifa guar jering..Pada perlawanan tersebut pasti Guar jering gah apabila membelasah pasti kubang ulu dengan jaringan 7-0. Namun kekalahan kepada bandar perda 2-0 ternyata melemahkan semangat apabila sekali lagi tumpas di kaki pasti kg petani dengan jaringan 1-0. Pada kejohanan tersebut,Pasti taman pauh berjaya muncul johan menewaskan pasti permatang pasir manakala pasti bandar perda muncul tempat ketiga daripada 20 penyertaan seluruh pasti peringkat permatang pauh.

Wednesday 7 April 2010

Terima Kekalahan...







Sungguhpun arsenal tewas pada perlawanan menentang barca di nou camp. saya pasti ramai peminat arsenal kecewa dengan kekalahan ini. biarlah dengan kekalahan ini memberi suntikan baru kepada pengurus pasukan dan juga pemain muda arsenal di dalam mengejar impian arsenal. skuad arsenal sekali lagi berputih mata dengan barcelona. biarpun begitu, syabas kepada arsenal kerana berjaya melangkah sejauh ini. apa yang paling manis arsenal adalah diantara lapan pasukan terbaik dunia pada sesi 2009/10. kehandalan lionel messi terserlah pada malam tersebut menunjukkan beliau memang layak dianugerahkan pemain terbaik dunia pada ketika ini. syabas untuk barca. syabas untuk henry. 4-1

Wednesday 31 March 2010

ARSENAL 2 BARCELONA 2




1/4/10 - Keputusan Bola Sepak Liga Juara-Juara Eropah Arsenal 2 (Walcott,68, Fabregas,84) Barcelona 2 (Ibrahimovic,46, 59); Inter Milan 1 (Milito,64) CSKA Moscow 0




Jaringan penalti Cesc Fabregas menyelamatkan Arsenal daripada diaibkan Barcelona apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada saingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Kapten Arsenal itu dijatuhkan Carles Puvol yang juga kapten Barcelona di dalam kotak penalti sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah kepada Puvol pada minit ke-84.Sebelum itu, Barcelona hampir meraikan kejayaannya memang selesa di tempat lawan menerusi dua jaringan pemain antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46 dan 59.Bagaimanapun, pemain sayap England,walcott pantas memberi impak dengan larian yang pantas berjaya mengucar-kacirkan pertahan kiri Barcelona yang dikawal Maxwell. Hasilnya selepas 2minit beliau berasksi, Walcott mencipta nama selaku penjaring gol. Gerakan dari Bendtner yang mencari Walcott disebelah kanan berjaya melepasi halangan Maxwell sebelum merembat bola melepasi Victor Valdes. Arsenal kembali merapatkan kedudukan dan Walcott memberi semangat dan keyakinan kepada rakan pasukan yang Arsenal boleh menjaringkan gol. Ketika Arsenal semakin menunjukkan peningkatan dari segi serangan, Barcelona dilihat semakin tertekan dengan serangan bertali arus dari Arsenal. Tindakkan mengeluarkan Ibrahimovic dan Messi memberi rahmat kepada Arsenal yang dilihat semakin bersemangat mencari gol penyamaan. Hasilnya Arsenal mendapat penalti selepas Fabregas dijatuhkan oleh Carlos Puyol selepas beliau menerima hantaran baik dari Bendtner. Dan Puyol dilayangkan kad merah atas kekasaran tersebut.


Fabregas yang akan terlepas perlawanan kedua di Nou Camp pada minggu hadapan membuktikan yang sumbangan terakhir beliau ini akan memberi kelebihan kepada rakan pasukannya nanti. Fabregas tidak mempersia-siakan peluang apabila mudah merembat bola masuk menewaskan Valdes. Arsenal kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-85 dan kembali menyaingi Barcelona yang beraksi sepuluh orang.
Dan selepas itu Arsenal cuba mencari gol kemenangan diminit-minit akhir permainan tetapi gagal berbuat demikian. Keputusan penuh suku akhir pertama UEFA Champion League di antara Arsenal v Barcelona berkesudahan 2-2.


Untuk keseluruhan permaianan, Arsenal bermain agak tenggelam diseparuh masa pertama tetapi hanya Almunia yang beraksi cemerlang dan berjaya melupakan aksi buruk beliau ketika seri menentang Birmingham tempoh hari. Beliau wajar dipuji dengan aksi penyelamat yang sangat cemerlang.
Barisan serangan Arsenal yang tenggelam pada separuh masa pertama wajar dipuji pada separuh masa kedua apabila kembali mengimbangi dan menyaingi Barcelona dengan memberi asakan dan cubaan yang hampir saja memberikan gol terutamanya tandukan Bendtner yang berjaya diselamatkan Valdes. Apa pun kesudahan pada malam ini, Arsenal masih mempunyai 90minit di Nou Camp untuk diharungi. Dengan Fabregas yang sudah pasti tidak akan beraksi selepas menerima kad kuning telah digantung perlawanan dan kecederaan Arshavin serta Gallas sedikit merisaukan kem Arsenal.
Jadi dengan perlawanan malam ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat Arsenal. Dari ketinggalan kembali mengejar walaupun sekadar seri. Tetapi anak buah Arsene Wenger wajar dipuji untuk keseluruhan permainan. Jadi teruskan sokongan anda, Arsenal masih berpeluang melayakkan diri ke separuh akhir Champion League.

Monday 29 March 2010

Juara Menjual Arak Pulak...

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.
Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.
Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.
"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.
Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

Friday 26 March 2010

Memang Benar Juara Rakyat







Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?

Tuesday 23 March 2010

Konvoi Kembara Ke Kelantan

Pihak Jkkk Guar Perahu akan mengadakan konvoi bersama penduduk-penduduk dibawa mukimnya pada 15 Mac 2010 ke kelantan. Kepada yang berminat untuk menyertai sila hubungi wakil Jkkk anda secepat mungkin..

JURULATIH BOLA SEPAK DIPERLUKAN




Salam...pihak pasti as-syifa Guar Jering sedang mencari seorang dua individu yang mempunyai masa kelapangan untuk menjadi jurulatih sukarela kepada Pasti as-syifa fc dalam menghadapi kejohanan bola sepak pasti peringkat kawasan permatang pauh,negeri dan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 18/4/10 bagi peringkat kawasan permatang pauh. Pada tahun lalu,walaupun kalah di peringkat kawasan namun seramai 3 orang pemain pasti as-syifa Guar Jering telah terpilih mewakili pulau pinang untuk peringkat kebangssaan dimana muncul naib johan pada kejohanan tersebut.. kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saudara Rosli di talian 016-4021614 atau anuar 016-4151630.

Sunday 21 March 2010

Dok Kalot Yang Lain.. Yang Nie Mcm mana????

Mama & Baby ada, kemana pula bapanya ?Kuala Lumpur : Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh Negara sepanjang Tahun Lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Datu Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya .Fakta : Tahun 2007 seramai 16,100 anak luar nikah didaftarkan Tahun 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan. Tahun 2009 seramai 17,303 anak Luar Nikah didaftarkan . Dari tahun 2005 Sehingga tahun 2009 seramai 214,083 anak tidak sah taraf didaftarkan (Pelbagai Bangsa) Pecahan bangsa sejak dari tahun 2005 hingga 2009 Lain Lain kaum 91,922 kes, Melayu 74,732, India ( 23,696 ), Cina (23,692 kes). Sumber Jabatan Pendaftaran NegaraDatuk Alwi menjelaskan dalam tempuh lima tahun lalu. JPN mencatit 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) Sumber Berita Harian
Kupasan dan kesimpulannya. Anak luar nikah lahir berpunca dari 1. Persetubuhan haram ,2. Nikah selepas mengandung 3. Diperkosa oleh teman lelaki atau manusia durjana yang lain. 4. Hubungan seks rambang. 5. Bayi lahir kurang dari 6 bulan dari tarikh pernikahan ibubapanya. Dalam kes ini menjelaskan bertapa jatuhnya moral anak muda mudi kita dewasa ini.Rasulullah pernah bersabda “ kalau kamu hendak lihat pemimpin masa depan maka kamu lihatlah jenerasi masa kini “ . Dalam perkara ini mas Aji merujuk kepada sepotong ayat Al Quran berbunyi “ Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka “ Insyallah selamat dunia akhirat. Kalau kita tidak mampu mencegah kita jagalha keluarga kita.

petikan daripada blog mas aji..

Arsenal Jumpa Barca Di Suku Akhir




Undian yang dilakukan pada sabtu lalu jam 7 petang telah membuatkan fan arsenal tido dalam kepanasan buat sementara waktu apabila arsenal diundi untuk bertemu juara yang pernah menewaskan mereka 4tahun lalu iaitu barcalona.Namun pada pendapat liegj cuma diatas kertas mungkin berpihak kepada barca tetapi liegj yakin arsenal mampu menewaskan juara kelab sepanyol itu. Namun sekiranya arsenal menang,ianya tetap menghadapi kesukaran kerana akan bertemu inter milan diseparuh akhir dimana liegj anggap lebih bahaya dari barca..Walauapapun, besar harapan fan arsenal sekiranya arsenal berjaya merangkul piala eropah itu.. Wenger berkata: “Anda tidak mampu melupakan perlawanan itu, perlawanan akhir Liga Juara-juara, anda juga tidak berkemampuan untuk mengulangikan pada tahun berikutnya.“Anda tidak mampu melupakannya tapi anda harus terus focus pada apa yang berada dihadapan anda dalam kerjaya ini. Saya juga terkejut akan bagaimana saya boleh mengingati setiap dari penjuru kekecewaan itu. Saya ingatkan saya telah melupakannya tetapi bilamana saya bercakap mengenainya baru-baru ini, setiap perincian datang dalam fikiran saya.“Benar kami kecewa. Saya tidak katakan yang kami tidak mampu untuk memenangi perlawanan tersebut. Thierry Henry mendapat 2 peluang yang baik. Tapi ia bukanlah perlawanan yang seperti dijangka pada masa itu. Kami mempunyai musim yang baik dalam Liga Juara-juara, kami cuma tewas sekali dan itu pun di peringkat akhir, sepanjang musim tersebut.“Perlawanan itu bukan seperti dijangkakan – 11 menentang 11, jika begitu ia mungkin satu perlawanan yang cukup hebat. Tapi kami terpaksa mengeluarkan Ropert Pires – dan hingga kini dia masih membenci saya. Kami mengeluarkan seorang pemain yang baik yang mana mampu mencorakkan qualiti perlawanan. Ia adalah kesilapan pengadil, secara dasarnya. Ini kerana kami terpaksa bermain untuk 10 orang dalam perlawanan akhir itu yang mana ia patut menjanjikan sesuatu yang besar dan akhirnya ia menjadi seperti perlawanan yang tidak beerti.“Bila pengadil melakukan keputusan seperti itu, dia telah melakukan sesuatu yang dia yakini muktamad. Anda tidak patut menghancurkan perlawanan akhir yang mana 1 bilion penonnton menyaksikannya jika ia ternyata tidak benar. oklah....semoga arsenal berjaya membalas dendam kasumatnya.

Wednesday 17 March 2010

Lionel Messi : Antara Barca,Arsenal,MU siapa akan juara??







Salah seorang daripada pemain terbaik untuk Barcelona menentang Stuttgart pada perlawanan hari ini, Argentina Lionel Messi telah berkata sebelum perlawanan malam tersebut mengenai siapa pesaing kepada gergasi Spanyol itu, dia menyatakan bagaimana pasukan liga Perdana Inggeris tetap menjadi ancaman. Pemain berusia 22 tahun itu mengakui bahawa Wayne Rooney mampu membantu Manchester United untuk mencapai objektif penting tapi turut menambah bahawa Arsenal Arsene Wenger, yang menghampiri ciri-ciri Barca turut boleh menjadi pencabar.Bercakap mengenai the Gunners, Messi menambah bagaimana teknik menarik yang dipamerkan oleh pemain-pemain seperti Cesc Fabregas dan Andrei Arshavin boleh di perbandingkan dengan cara permainan bolasepak di Amerika Selatan dan pemenang Ballon d’Or ini turut menambah lagi bahawa mereka boleh di jadikan sebagai calon Liga Juara-juara pada tahun ini.Kata Messi:“Sekali lagi, saya menjangkakan bahawa cabaran terbesar datang daripada England dalam Liga Juara-juara. Saya melihat United sebagai pencabar kerana kemampuan mereka dengan pantas dalam menukar tempo dan mereka sekarang mempunyai penyerang yang tidak henti-henti melakukan kejutan seperti Rooney.Dan yang terakhir, Arsenal merupakan sebuah pasukan yang tidak boleh diketepikan kerana kehebatan dalam mencorakkan permainan mereka. Mereka sama seperti kami di Barca dalam pelbagai segi. Tidak seperti permainan di London, permainan mereka seolah-olah datang dari Amerika Selatan. Andrei Arshavin dan Cesc Fabregas adalah pemain-pemain yang ingin saya saksikan.”

Thursday 11 March 2010

Arsenal Belasah Porto







Kepada fan arsenal pastinya bersorak giler sebab pada pagi rabu lalu arsenal telah menunjukkan bisa ledakkan meriamnya yang telah menghancurkan harapan porto dengan kemenangan 5-0. Kemenangan tersebut membawa arsenal ke suku akhir dengan agreget 6-2. Nicklas bendtner menjadi wira dengan menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut.Manakala jaringan solo samir nasri serta jaringan eboue menambah lara dan derita porto.Apa yang pasti arsenal kini berada dilandasan terbaiknya dan telah membuatkan chelsea dan MU gelabah biawak untuk bertemu dengannya dipentas Eropah.Walaupun arsenal gagal untuk menewaskan mereka di liga inggeris tapi fan arsenal yakin bahawa Chelsea dan MU akan jadi lauk serta bubuh kanji jika diberi peluang undian untuk bertemu kedua2 pasukan ini...sekian...

Monday 1 March 2010

sila layari www.jkkkmk21.blogspot.com untuk sementara waktu.

Monday 22 February 2010

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Dan Sukaneka


Salam..Pihak Jkkk mukim 21 Guar Perahu akan menganjurkan satu kejohanan bola sepak sembilan sebelah tertutup mukim 21 guar perahu.Disamping itu juga seperti tahun lepas acara sukaneka yang menjadi acara tahunan juga dibuat pada tarikh yang sama.. Kepada orang ramai terutamanya penduduk2 mukim 21 bolehlah datang beramai2 untuk memeriahkan pada hari tersebut.

Thursday 11 February 2010

Berhati-hati dengan golongan Fasiq...

Firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat- 6:“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang FASIK membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum ( penduduk,masyarakat)tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu… .. Buat semua sendiri fikirlah...terutama sekarang ni..banyak fitnah...banyak mereka-reka cerita.. ingat fintah itu lebih tajam dari mata pedang n sebab itu dosanya lebih besar daripada membunuh.

Tuesday 26 January 2010

KISAH ANAK PADERI PELUK ISLAM

> Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!.... .. Bacalah dan Renungkanlah. ...> > Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian> ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian..
Bapa> saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di> Sabah .> > Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS> bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh> negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya> program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai> sekitar RM50,000!!!> >
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke> rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan.> Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan> harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.> >
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali> kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi> kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek..>
Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!> Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu>
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang> boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding> dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di> sekolah asrama penuh.
Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.> > Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama> kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu> dihuraikan oleh orang Islam.> >
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz> yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan,> tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..."> Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.> >
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama> islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan> beberapa persoalan, antaranya;-> > 1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
> > 2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam> adalah agama langit.
> > 3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi> membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
> > 4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
> > 5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
> > Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-> kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
> > Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab> secara tepat.
> > - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
-> > Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.> > Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,> kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.
Lalu saya bawa ustaz itu ke> rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya> juga tidak mampu> menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.> > Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya'> datang ke rumah.
> > Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji> saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz> tu, saya mengagumi cara hidupnya.
> > Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah> hitam membawa salib. Seorang> berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau> yang meminta saya membuat pilihan.> > Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti> mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam> semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya> meronta-ronta, saya terjaga.
> > Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,> "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "> > Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........> ..".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.> Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..> > Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah.
Sampai di rumah, saya lihat> pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!> > Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu> senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup> keatas.> > Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga> saya.. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum> saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar> di Sabah .
> > Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya> Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan> Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu> koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..> > 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya> dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan> Agama Islam..
Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan> Pahang.> > Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah> ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan..> Biarlah saya jadi pendakwah bebas.> > Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini> saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan> Kuantiti saja!
> >
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di> PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan> jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik> beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat..
> > Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang> sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar> surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik> beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya> mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!> > Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.> Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu> murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah> dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama.....> ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.
> > Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah> saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.> > Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.> Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil> sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian..> > Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari> jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat> dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.> > Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang> isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru> setahun jagung......"> > Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah...> ....Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa> itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.> > Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog> tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak> perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian.
saya juga diancam oleh umat> Islam!!!> > Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa> benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,> kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri> menyulitkan saya.
> > Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di> IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar> Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .> > Saya sudah pergi banyak IPT.
Saya paling bimbang di Universiti Putra> Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja> ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!
> > Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
> > Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk> Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
KALAU TERMINUM, cari> air kolah dari 3 masjid.. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan> Selawat. Ambil> sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.> > InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

Monday 25 January 2010

Majlis Kesyukuran Oleh SRS







Ahad lalu,satu majlis kesyukuran anjuran SRS telah diadakan bertempat dicourt takraw kg guar jering jam 10malam.Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana kes seperti pecah rumah,ragut mahupun maksiat sudah pun berkurangan..Jika sebelum ini...saban hari saban malam pasti ada saja kes2 tersebut... tp kini alhamdulillah ianya senyap dan berlalu.Ini adalah satu pergorbanan yang dilakukan oleh skuad ronda sukarela,bersekang mata demi keselamatan kg,biarpun orang lain dibuai mimpi indah,bahkah tidak kisah akan sekeliling apa yang berlaku tp mereka terus menabur bakti,bertemankan embun demi untuk keselamatan dan penduduk ..Mudah-mudahan selepas ini,ada kawan2 yang belum sempat menyertai bolehlah datang join sama k..atau jika berlaku sesuatu yang mencurigakan bolehlah hubungi wakil-wakil kampung anda.

Thursday 14 January 2010

Gerhana Matahari Petang Ini




Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada hari ini (Jumaat 15 Januari 2010) antara pukul 3 petang - 5.30 petang. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'. Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta. Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37) Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

Wednesday 13 January 2010

KOPERASI PEMUDA GUAR JERING


Alhamdulillah...pendaftaran koperasi pemuda guar jering telah diluluskan dan sijil telah pun dikeluarkan.. untuk maklumat anda semua koperasi pemuda guar jering menyediakan perkhidmatan seperti catering,welding,elektrik,caber cafe dan berbagai lagi perkhidmatan yang bakal disediakan..