Sunday 20 December 2009

Akhirnya Polis Datang Jua.




Alhamdulillah Semalam 20hb jam 9.30 malam bertempat di dewan banjir Guar jering taklimat Skuad Ronda Sukarela akhirnya berjalan lancar dengan kehadiran pihak polis. Tidak seperti sebelum ini kegagalan pihak polis nyata amat mendukacitakan.Namun semalam kehadiran 3 pegawai polis telah memberi satu semangat baru kepada penduduk2...Turut hadir semalam adalah TKM 1 Dr mansor. Tujuan utama srs ini diadakan kerana sudah acapkali rumah2 penduduk sekitar mukim 21 dipecah masuk.Sehinggakan setiap minggu dan tidak keterlaluan setiap hari berlaku 2-3 kes pecah rumah dan kereta. Bertindak diatas maklumat dan pandangan orang ramai pihak jkkk guar perahu mengambil keputusan menubuhkan srs. Disini juga anda semua bolehlah memahami objektif utama srs :

Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
Membantu menguatkuasakan undang-undang;
Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

Dengan berlansungnya taklimat semalam,pihak polis telah memberi cadangan supaya pihak penduduk berdaftar dengan skim rondaan sukarela/rukun tetangga dibawah jabatan perpaduan negara(JPNIN). Ini kerana ianya mempunyai perlindungan dan sekurang2an terdapat kemudahan untuk berurusan dalam memudahkan perjalanan gerak kerja srs itu sendiri. Diantara kebaikan bila berdaftar SRS/RUKUN TETANGGA adalah seperti berikut :

1.Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.
2.Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.

3.Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.

4.Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.

5.Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :
a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00

OKLAH...PIHAK JKKK GUAR PERAHU AKAN MENGADAKAN TAKLIMAT BERSAMA JABATAN PERPADUAN NEGARA.TARIKH AKAN DIBERITAHU NANTI...SEKIAN JUMPA LAGI



No comments:

Post a Comment