Monday 30 November 2009

Sejarah Solat 5 Waktu



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Wednesday 18 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha..



Salam..terlebih dahulu pihak lie_gj blogger ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban buat semua.Seperti biasa apabila tiba hari raya korban pastinya kita tidak terlepas mdengar sana sini akan menumbangkan lembu,kerbau dan bermacam2 lagi binatang ternakan..begitu jua bagi PAS cawangan guar jering turut tidak mahu terlepas dalam menunaikan ibadah korban serta aqiqah pada kali ini. Pada tahun ini 3 ekor lembu akan ditumbangkan pada hari raya kedua jam 8pagi bertempat di hadapan surau guar jering,Semua dijemput hadir...

Monday 16 November 2009

AWAS !! JENAYAH PECAH RUMAH MENJADI-JADI

Salam..Seperti sedia maklum kejadiaan pecah rumah,ragut, semakin menjadi2 sejak kebelakangan ini,begitu juga penduduk di mukim 21 guar perahu tidak terlepas dari menghadapi situasi yang amat2 membimbangkan ini...Kejadian seperti pecah rumah,pecah kereta,ragut,curi motosikal sudah tidak kenal mangsa mahupun siang malam.. Mengikut laporan mangsa dikampung terus,kejadian berlaku disiang hari apabila ada orang datang ke rumah beliau bertanyakan sesuatu..Setelah bertanya beberapa soalan, peragut itu yang turun dari motosikal dan terus meragut rantai mangsa dan pergi meninggalkan mangsa dalam keadaan terkejut. Manakala kes kedua berlaku dikg Guar Jering dimana berlaku dalam lingkungan jam 2 pagi-5pagi apabila rumah mangsa dipecah dan mangsa kehilangan komputer riba 2buah,wang tunai hampir 2 ribu dan bermacam2 lagi. ini cuma 2 kes diantara puluhan kes yang berlaku.Bertindak diatas kejadian yang semakin kritkal ini. Pihak JKKK Guar Perahu bersama pihak polis akan mengadakan taklimat bersama penduduk kg mukim 21 pada 6 dis 2009 bertempat didewan banjir guar jering jam 9 malam..Bertujuan menubuhkan SKUAD RONDA SUKARELA(SRS). Diharap penduduk2 sekitar mukim 21 dpt hadir bersama pada hari tersebut...skian.

Tuesday 10 November 2009

Ihtifal Pasti Dan Sukaneka Meriah





Alhamdulillah akhirnya ihtifal pasti dan mini sukaneka yang diadakan pada ahad lalu telah berlangsung dengan meriah sekali..seawal 7.30 pagi penduduk2 setempat telah mula hadir untuk memeriahkan majlis pada hari itu. Bermula dengan perasmian oleh wakil pasti negeri dan sterusnya acara mewarna telah menarik minat kanak2 untuk menunjukkan bakat dan minat mewarna pada hari tersebut... Selain acara mewarna, bacaan Al quran juga turut diperdengarkan,persembahan anak2 pasti sendiri di pentas selain persembahan silat turut diadakan... menghampiri jam 10 pagi acara yang dinanti2 oleh orang ramai iaitu sukaneka telah memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut..majlis berakhir pada pukul 1tghari selepas sumbangan hadiah dan makan tghari nasi gulai daging...mewakili pihak penganjur,penulis ingin ucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran orang ramai dan pastinya buat pemuda yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut diucapkan jutaan terimakasih...tidak dilupakan perhargaan buat sponser2 yang sebenarnya telah mbuatkan majlis tersebut bertambah meriah...sekian kita jumpa lagi dilain majlis...

Wednesday 4 November 2009

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI


Pihak JKKK mukim 21 GUAR PERAHU akan mengadakan majlis berkhatan pada 5 dis 2009 bertempat di masjid padang ibu.Pendaftaran hanyalah RM10 setiap peserta.Ini adalah diantara sumbangan/kebajikan yang dilakukan oleh pihak jkkk kepada penduduk mukim 21..Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saudara helmi ditalian 0174908434 atau hubungi pegerusi jkkk saudara anuar abu hassan 0164151630.

Monday 2 November 2009

IHTIFAL PASTI ASY SYIFA GUAR JERING



Pihak pasti asy syifa guar jering akan mengadakan ihtifal dan sukaneka pasti sebagai penutup tahun 2009.Program yang akan berlangsung pada 8 NOV 2009 bertempat di padang bola sepak guar jering itu adalah medan terbaik buat anak-anak untuk bersuka ria dan membuat persembahan dengan berbagai acara.Buat ibu bapa dan penduduk bolehlah datang meraikan serta terlibat dengan acara yang disediakan pihak urusetia pasti..Diantara Atucara yang akan berlangsung adalah seperti berikut.


8.30 pagi- ketibaan hadirin
8.45 pagi- ucapan pengerusi majlis

- pertandingan mewarna.

9.00 pagi- ucapan pengerusi pasti.

9.15 pagi- perasmian ihtifal & sukaneka

oleh wakil pemuda pasti negeri

9.40 pagi- persembahan murid2 pasti
10.30 pagi- sukaneka
#BOLING PADANG.
#KABAR ANGIN

#KERUSI BERIRAMA

#KUPAS EPAL

#BENANG DALAM JARUM

#TIUP BELON

#TIMBANG TAKRAW

#BASIKAL DLL.

12tgh - penyampaian hadiah serta sijil kepada anak2 pasti.

12.30tgh - makan tghari dan bersurai