Wednesday 31 March 2010

ARSENAL 2 BARCELONA 2




1/4/10 - Keputusan Bola Sepak Liga Juara-Juara Eropah Arsenal 2 (Walcott,68, Fabregas,84) Barcelona 2 (Ibrahimovic,46, 59); Inter Milan 1 (Milito,64) CSKA Moscow 0




Jaringan penalti Cesc Fabregas menyelamatkan Arsenal daripada diaibkan Barcelona apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada saingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Kapten Arsenal itu dijatuhkan Carles Puvol yang juga kapten Barcelona di dalam kotak penalti sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah kepada Puvol pada minit ke-84.Sebelum itu, Barcelona hampir meraikan kejayaannya memang selesa di tempat lawan menerusi dua jaringan pemain antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46 dan 59.Bagaimanapun, pemain sayap England,walcott pantas memberi impak dengan larian yang pantas berjaya mengucar-kacirkan pertahan kiri Barcelona yang dikawal Maxwell. Hasilnya selepas 2minit beliau berasksi, Walcott mencipta nama selaku penjaring gol. Gerakan dari Bendtner yang mencari Walcott disebelah kanan berjaya melepasi halangan Maxwell sebelum merembat bola melepasi Victor Valdes. Arsenal kembali merapatkan kedudukan dan Walcott memberi semangat dan keyakinan kepada rakan pasukan yang Arsenal boleh menjaringkan gol. Ketika Arsenal semakin menunjukkan peningkatan dari segi serangan, Barcelona dilihat semakin tertekan dengan serangan bertali arus dari Arsenal. Tindakkan mengeluarkan Ibrahimovic dan Messi memberi rahmat kepada Arsenal yang dilihat semakin bersemangat mencari gol penyamaan. Hasilnya Arsenal mendapat penalti selepas Fabregas dijatuhkan oleh Carlos Puyol selepas beliau menerima hantaran baik dari Bendtner. Dan Puyol dilayangkan kad merah atas kekasaran tersebut.


Fabregas yang akan terlepas perlawanan kedua di Nou Camp pada minggu hadapan membuktikan yang sumbangan terakhir beliau ini akan memberi kelebihan kepada rakan pasukannya nanti. Fabregas tidak mempersia-siakan peluang apabila mudah merembat bola masuk menewaskan Valdes. Arsenal kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-85 dan kembali menyaingi Barcelona yang beraksi sepuluh orang.
Dan selepas itu Arsenal cuba mencari gol kemenangan diminit-minit akhir permainan tetapi gagal berbuat demikian. Keputusan penuh suku akhir pertama UEFA Champion League di antara Arsenal v Barcelona berkesudahan 2-2.


Untuk keseluruhan permaianan, Arsenal bermain agak tenggelam diseparuh masa pertama tetapi hanya Almunia yang beraksi cemerlang dan berjaya melupakan aksi buruk beliau ketika seri menentang Birmingham tempoh hari. Beliau wajar dipuji dengan aksi penyelamat yang sangat cemerlang.
Barisan serangan Arsenal yang tenggelam pada separuh masa pertama wajar dipuji pada separuh masa kedua apabila kembali mengimbangi dan menyaingi Barcelona dengan memberi asakan dan cubaan yang hampir saja memberikan gol terutamanya tandukan Bendtner yang berjaya diselamatkan Valdes. Apa pun kesudahan pada malam ini, Arsenal masih mempunyai 90minit di Nou Camp untuk diharungi. Dengan Fabregas yang sudah pasti tidak akan beraksi selepas menerima kad kuning telah digantung perlawanan dan kecederaan Arshavin serta Gallas sedikit merisaukan kem Arsenal.
Jadi dengan perlawanan malam ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat Arsenal. Dari ketinggalan kembali mengejar walaupun sekadar seri. Tetapi anak buah Arsene Wenger wajar dipuji untuk keseluruhan permainan. Jadi teruskan sokongan anda, Arsenal masih berpeluang melayakkan diri ke separuh akhir Champion League.

No comments:

Post a Comment