Tuesday 27 October 2009

Terima Kasih Diatas Pengorbanan Dan Tahniah Diatas Lantikkan

Tanggal 25 okt lalu..satu mesyuarat surau telah diadakan jam 9.30 malam. Mesyuarat bertujuan melantik pengerusi baru selepas peletakan jawatan saudara harun hamid.sebab perletakkan jawatan tersebut berkait rapat dengan satu teguran yg ditujukan beliau dan penduduk kg kepada sebuah keluarga yang telah melakukan kesilapan atau kesalahan,pastinya teguran tersebut bertujuan membawa kebaikan,tetapi sayang teguran itu dibalas sebaliknya.Penulis tidak mahu panjang lebarkan perkara ini,cuma sekadar renungan buat penulis dan pembaca betapa keadaan hari ini nahi mungkar bertambah sukar untuk dilaksanakan..Penulis juga ingin mengambil pandangan dan sedikit pendapat daripada ustaz muhammad fauzi daripada fikrah pendakwah yang bermaksud Dengan itu saya simpulkan di sini bahawa melakukan nahi mungkar tidaklah mudah sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian pihak. Mukadimah kepada nahi mungkar yang berjaya di sesetengah marhalah dakwah adalah amar makruf itu sendiri. Proses mendominasikan nilai-nilai yang baik di dalam masyarakat yang dilakukan sekarang akan banyak membantu kepada pencegahan perkara mungkar di masa akan datang. Banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan nahi mungkar agar perubahan yang berlaku itu adalah yang hakiki.
Wallahu a’lam. Moga Allah memberikan kita kekuatan.
Oklah... sebelum saya akhiri tulisan ini. penulis mahu ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara harun hamid diatas jasa dan pergorbanan beliau selama 15tahun daripada setiausaha sehinggalah kepada pengerusi surau.. hanya Allah sahaja mampu membalas segala kebaikan,pergorbanan yang diberikan..dan ucapan tahniah diucapakan kepada pengerusi surau yang baru saudara mat azam abdullah,pastinya tanggujawab yang bakal dipikul ini berat namun percayalah anda mampu dan dengan harapan anda jua mampu memikirkan bagaimana untuk menarik golongan muda ke surau.sekian terima kasih....sesungguhnya yang baik itu datang dariNya..dan yang lemah itu datang daripada penulis sendiri.

No comments:

Post a Comment